Cara Memasak :
1. Bawang merah kecil dan bawang putih yang ditumbuk halus dicampur dengan 250g Serbuk Kurma Ayam dan Daging Cap O serta 1 liter ( 5 cawan ) air ( jadikan pes).
2. Panaskan minyak masak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang bersama dengan bawang merah kecil dan bawang putih yang telah dihiris halus serta daun kari. Tumis sehingga pes tersebut pekat dan pecah minyak.
4. Masukkan ayam atau daging, santan kelapa, kentang dan baki air ( 12 cawan ). Masak sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa.
5. Sederhanakan api, masukkan tomato dan masak selama lebih kurang 5 minit.
6. Sedia untuk dihidangkan.